Semenjak dua tiga menjak ini dah menjadi fenomena biasa training training oleh konon guru guru hebat dalam bidang masing masing. Training kononnya teknik yang boleh menjana ribuan ringgit dari Facebook la , dari ebay la dari forex la dan macam macam lagi.
Geng geng scammer ni biasanya akan buat buat terer dan mengumpul orang untuk mengidolakan diaorang dengan menampal screenshot screenshot buatan sendiri guna photoshop.Selepas itu mereka akan mulakan dengan personal coaching yang harga tidak masuk akal. Bila dah ramai pengikut mereka akan start membuat kelas kelas kecil dan cekik setiap orang sampai RM500-RM1000 untuk satu hari atau dua hari.
Bagi gua la kalau kelas yang memang berbaloi pergi dan tak mungkin anda belajar sendiri gua tak kisah. Sebagai contoh kelas menjahit tudung , macam mana nak belajar jahit tudung kalau mesin jahit pun tak ada kat rumah ye tak. Ini mengajar kelas panduan menjual di eBay tapi bagi harapan palsu konon konon boleh buat duit berpuluh ribu sebulan dalam masa singkat.Ada jugak kelas gua geli hati dengar , kelas konon konon boleh menjadikan business anda dapat hasil 2-3 kali ganda kalau pergi kelas dia.Claim claim lucu sebegini rupa memang memanaskan hati gua ni. Apa yang lagi best yang pergi kelas kelas bodoh macam ni kebanyakannya orang melayu. Ni namanya melayu tipu melayu.
Kemon la bro takat nak jual kat ebay lu register je la tak payah nak mebazir duit ikut kelas scam ni. Tutorial dekat youtube pun bersepah sepah. Gua pon rasa nak buat training jugak la , training scam korang macam mana nak scam orang dengan buat training. konpius dak ayat last tu :).
No comments:
Post a Comment