Kalau dekat office mesti korang selalu nampak spesis mencium buntut secara terang terangan.Perbuatan macam ni bagi gua sangatlah tidak bagus untuk perhubungan dengan rakan rakan opismate yang lain. Lebih buruk anda akan dipulau oleh awek awek hot dan lelaki kacak didalam office korang.
Jika korang ingin mencium buntut sila pastikan yang buntut yang dicium itu tidak rasa seperti dicium.Contohnya boss suruh buat report sebelum pukul 5 cuba siapkan sebelum pukul 2. Jika boss tanya cakap dengan boss saya mmg mempunyai kelajuan dalam membuat kerja dan membawa kereta yang luar biasa.Selepas hantar kerja korang tanya boss ada kerja lain yang saya boleh buat? tapi dengan muka yang selamber dan ikhlas.
Tapi pastikan korang berbincang dengan boss bukan didepan rakan rakan office anda.Ini penting untuk mengelakkan perasaan dengki iri hati dan gossip. Bila didepan rakan office cuba berlakon seperti malas. Ayat ayat biasa " arghh malasnya aku kerja bertimbun", " boss ni pun satu asik asik aku".
Bila officemate kutuk boss pastikan anda menyokong dengan bersungguh sungguh untuk menunjukkan anda bersatu hati dengan mereka yang lain. Tapi bila boss minta buat sesuatu jangan soal banyak buat dengan tertib dan sopan santun.
Bila dapat review buat muka macam terkejut dan tak sangka. Ini untuk mengelakkan daripada officemate tahu yang korang suka mencium buntut boss .Amalkan perkara ini insyaAllah korang pasti akan jadi boss yang berjaya kepada rakan rakan office dan biar mereka pula mencium buntut korang.
Monday, December 31, 2012
Sunday, December 30, 2012
Dentist Jahanam
Gua sebenarnya ada fobia dengan dentist yang gua tak familiar.Untuk pengetahuan korang satu masa dahulu gua adalah lelaki yang cukup sifat dan penuh giginya. Tapi nak dijadikan cerita satu hari gua sendiri gatal mengofferkan diri untuk mencantikkan gigi di satu dentist di Serdang.
Mula mula gua nak servis gigi gua ja supaya putih berseri. Dikala dentist tu dok servis gigi gua dia dok kasi gua takut kononnya gigi gua sudah rosak kena buat root canal yang kosnya lebih kurang RM 400++ seingat gua. Oleh kerana gua sudah cuak gua setuju untuk buat procedure supermahal cekik darah tu.
Lepas seminggu gua buat root canal tu tiba tiba gigi gua sakit da tahap boleh bunuh diri. Lebih malang lagi masa tu gua dekat Penang . Gua pergi dentist dekat penang dan dentist tu macam tak pecaya macam mana root canal boleh sakit balik dalam masa seminggu. Lepas tu dia offer samada gua samada gua nak buat root canal sekali lagi yang mana kali ni berharga RM300++ ataupun cabut sahaja yang mana kosnya RM60.
Dengan pantas otak gua buat decision sebab memang gua dah takde budget untuk 300++ masa itu. Maka terkorbanlah gigi depan gua yang gua sayangi.
Mengikut pengalaman gua kalau korang pindah tempat baru pastikan dentist baru korang seorang yang beruban dan berumur lebih daripada 45 tahun. Dentist muda memang berisiko tinggi untuk secara mejik menghilangkan gigi kesayangan korang.
Sebab tu mak gua selalu pesan biar dentist tak cun asalkan gigi cun. Tapi gua tak pernah dengar cakap mak gua dan terima balasannya.
Saturday, December 29, 2012
Berniaga ayam dan bakal menantu
Di suatu hari yang indah di dapur sebuah rumah
mak : engkau ni bile lagi nak bawak balik bakal menantu mak
anak : mana ade mak , mak le carikan
mak: malas aku ko berniaga ayam , kalau cikgu senang sikit aku nak cerita
anak : ermmm ( down)
Fakta : anak dia berniaga ayam sebulan RM 15 ribu bersih
Lu orang rasa duit masuk bulan bulan ke penting ataupun nama kerja tu penting?

Friday, December 28, 2012
Apa yang best jadi lelaki?
1. Korang boleh cakap dekat tepon kurang dari 30 saat sebelum mengantuk.
2. Kalau korang gemuk atau kurus tak ada sapa kisah.
3. Kalau kawan laki korang sakit tahap nak mati baru korang tanya "eh ko ok ke ni"
4. Korang boleh makan sorang sorang tanpa rasa sebak didada
5. Korang hanya bukak astro bila ada bola
6. Korang boleh mandi dan siap dalam masa 10 minit.
7. Korang boleh kutuk kawan kawan tahap neraka tanpa rasa bersalah
8. Korang tak peduli kalau orang tak datang wedding korang.
9. Kalau boleh wedding nak panggil orang masjid dengan kaum kerabat jimat kos.
10.Korang boleh duduk serumah dengan housemate tanpa bercakap selama sebulan.
11. Korang tak peduli orang sambut birthday korang ke tak.
12. Korang benci shopping jimat duit.
13. Korang boleh makan di tempat yang sama makan makanan yang sama selama sebulan.
14. Korang benci tempat mahal , dan takkan makan makanan bodoh seperti tutty fruity
15. Korang hanya tengok wayang cerita lawan dan hantu.
16. Korang takkan puji laki lain walau ensem camna pon laki tu.
17. Korang takkan tengok gambar laki dalam facebook.
18. Korang lagi suka duduk dalam bilik bila pergi holiday.
19. Korang boleh melantak tanpa peduli kawan kawan nak cakap apa.
20. Korang tayah pakai pad.

Thursday, December 27, 2012
Perempuan,Matematik dan Evil
Girls require time and money. |
Girls = Time × Money |
| Time is money. | Time = Money |
| Therefore: | Girls = Money × Money = (Money)2 |
| Money is the root of all evil | Money = √Evil |
| Therefore: | Girls = (√Evil)2 |
| And we are forced to conclude that: | Girls = Evil |
Lelaki semua sama mitos ke?
Awek a : i tak sangka dia(laki a) macam tu buaya , main main kan i
Laki ikhlas tapi kurang hensem: takpe awak saba ye nanti awak jumpa yang baik
lepas 3 bulan berkawan dan mendengar semua masalah awek a....
Laki ikhlas tapi kurang hensem : awak sudi tak jadi gf saye?
Awek a : saya lom bersedia, saya anggap sebagai kawan baik saya sahaja
lepas 3 hari
Laki ikhlas tapi kurang hensem : awak sudi tak jadi gf saye?
Awek a : saya dah kapel dengan laki b ( mamat player suami orang)
Perkara ini berlaku berulang ulang, berkali kali, sebab itulah ramai perempuan cakap laki semua sama, pasai diaorg asik kapel ngan org jenis sama je.
Wednesday, December 26, 2012
Kuasa x-men di traffic light
Kadang kadang gua rasa gua ni salah sorang angota x-men bila sampai dekat traffic light. Adakah gua mempunyai kuasa menukar lampu hijau menjadi merah. Kenapa setiap kali gua sampai di traffic light hampir disetiap masa dan ketika walaupun di cerok mana sekalipun lampu yang elok hijau seperti tidak sabar sabar bertukar warna. Kadang kadang gua rasa gua akan bertukar menjadi hijau bila lampu bertukar menjadi merah.Benci betul gua dengan traffic light.
Adakah perempuan sejenis makhluk psikik?
Ini pernah berlaku di zaman dahulu kala dizaman kegemilangan gua sebagai jejaka romeo.Dulu gua ada awek nama dia Jamilah. Jamilah ni peel suka main teka teki tanpa bagi hint. Sebagai contoh kalau gua dalam kereta dikala riang gembira tiba tiba dia akan buat muka dan merajuk.Bila gua tanya kenapa dia akan jawab dah buat salah takkan tatau.Macam mana gua nak tahu kalau dah tak diberi tahu.
Sebagai contoh kalau mak gua suruh pi kedai beli kicap , takkan gua nak tenung muka mak gua sampai keluar bayangan kicap kot. Jadi nak dipendekkan cerita setiap kali sessi merajuk gua kena ambil masa sehingga 2-3 hari untuk pujuk. Siap kena buat why-why analysis .
Dibawah merupakan contoh salah satu analysis yang pernah gua buat.
Kenapa Jamilah merajuk ?
sebab aku salah jalan
kenapa aku salah jalan?
Sebab Jamilah cakap tak berenti
Kenapa Jamilah cakap tak berenti?
sebab aku salah jalan.
Jadi setelah melakukan why-why analysis pun gua masih gagal menyelesaikan masalah.
Adakah perempuan ini sejenis makhluk psikik yang menyangka dia mempunyai jedi power yang boleh
menghantar mesej hanya dengan membuat muka tak puas hati? Gua pun tak tahu dan takkan tahu.

Tuesday, December 25, 2012
Baby dan Facebook
Gua rasa setiap lima minit akan muncul muka baby dekat wall gua. Mula mula wa rasa cam wooo comelnya baby ni ,cute sangatttt.. tapi kalau dah wall gua penuh dengan muka baby agak menyirap lain la kalau Rozita Che Wan yang menyusukan baby tu.
Pengguna Facebook kami amat paham yang korang cuba nak bagitahu Malaysia yang anak korang comel , gua tadak masalah bab tu , tapi janganlah sampai baby korek idong pun nak snap masuk facebook. Kenapa anak time berak tanak snap juga , Wan Zack Haikal ( nama glemer baby skarang) sedang meneran lunch semalam keluar , snap.. upload.

Perihal Bola dan Promoter
Hari ni gua pegi shopping seluar jeans dekat satu kedai ni, promoter dia sorang awek yang kurang cun terlebih makeup.Seperti biasa gua tanya dia dik suar size 38 ada tak , dekat sini semua size 32 ja.Dia pon menjeling lalu sedikit mendengus dan mencari cari size 38 dengan muka yang sangat tidak ikhlas.Dalam kepala otak gua kenapa dia tiba2 tangkap sentap padahal gua tanya size seluar jeans sajer.Dipendekkan cerita mmg seluar jeans 38 tadak , maybe terlalu ramai manusia penggila kari mamak seperti gua diMalaysia ni.
Bila gua balik gua pon terpikir pasaipa minah tu sentap dengan gua, sebab gua sedikit chubby ataupun sebab gua terlupa sikat rambut ataupun gua kurang kacak. Gua tatau jawapan jadi gua buat judgement sendiri mungkin gua rasa promoter tu nak period sebab tu sentap.
Apakah penyebab sentap ni , kenapa seumur hidup gua jarang benar gua sebagai lelaki tulen ni sentap walaupun kekadang tu dihimpit dengan masalah kronik dalam dunia pancaroba ni.
Jadi gua lihat apa yang promoter tu tak ada apa yang gua ada. Jadi gua buat kesimpulan gua ada bola ajaib yang dapat mengimbangkan hormon dalam badan gua lantas memberi oksigen secukupnya kekepala hotak gua. Sebaliknya promoter tu tak ada bola ajaib itu menyebabkan dia sentap sebab kurang oksigen ke kepala hotak dia.
Gua rasa mungkin promoter tu belum kahwin sebab kebanyakan kawan gua yang da kawin jarang tangkap sentap walaupun tengah period.Mungkin dengan menatap bola ajaib lelaki ni dapat menenangkan stress wanita.Mungkin kalau gua buat bola ajaib sintetik mudah alih untuk kegunaan para wanita , mungkin gua boleh mengubah dunia. logik kan?

Subscribe to:
Comments (Atom)