Thursday, January 17, 2013

Fantasi filem melayu .. udah udah le tu

Gua baru habis melayan movie melayu yang agak box office la gamaknya. Apa yang gua semak plot ceritanya agak menyakitkan hati dan aku percaya hampir 90% tak ada kena mengena dengan kehidupan rakyat marhain di Malaysia. Seorang awek( Maya Karin ) kena jual jadi pelacur lepas tu jumpa anak tokey teh yang kaya raya (aaron aziz) yang membuatkan Aaron Aziz confuse samada nak awek yang sedia ada ( Lisa Surihani) ataupun awek yang kena jual ( Maya Karin). Apabila gua kaji kaji seluruh plot filem ni hanya berkisar betapa susahnya aaron aziz nak pilih antara Maya Karin dan Lisa Surihani. Bro orang lain pening fikir masalah nak cari duit beli susu anak , filem Malaysia buat cerita pening nak pilih Maya Karin atau Lisa Surihani. Tolong laaa...buat cerita matang sikit tak boleh kah... puiiii.

Monday, January 14, 2013

Apart from declarative facts and rules which we can learn in a textbook, our nervous system also includes other forms of knowledge. For our analysis we will mostly need to discern: inborn knowledge and procedural knowledge. Inborn knowledge can be compared to rules stored in our ROM. For example, when feeling a burning pain in fingers, retract the armProcedural knowledge is knowledge that is acquired by trial and error via punishment-reward stimuli. For example, when we ride a bicycle, each time we lose balance, an information is sent to the motor system not to repeat the recent moves that should be considered an error. At the same time, the elation of smooth ride, reinforces the circuits responsible for sequential stimulation of muscles involved in cycling.
Apart from inference engine, our brain is equipped with a sort of "interference engine". Our brain was programmed for survival. It is supposed to make you search for sources of water when you are thirsty or react with interest to an attractive representative of the opposite sex. We are driven by instincts and emotions. Emotions helped humans survive thousands of years of evolution. However, emotions also interfere with the intellectual effort. Isaac Newton might be the brightest scientific mind of the 17th century, yet the last 25 years of his life were marred by a bitter battle with Leibnitz over their claim to having invented the calculus. Alan Turing, the father of the famous Turing Test, committed suicide by cyanide poisoning under the burden of intolerance brought forth by his homosexuality. His mind might have been affected by a hormonal therapy that was supposed to "cure" him of homosexuality. Even the greatest mind may be incapacitated by a strong interference from hormones or lower-level brain circuits. Emotions can literally kill genius.






Friday, January 4, 2013

Degree photoshop

Kadang kadang gua fikir buat apa nak menghabiskan beribu ribu ringgit dan habis bertahun tahun tapi ramai kat luar sana pakai photoshop je buat degree. Kadang kadang yang pakai degree palsu dapat kerja lagi bagus daripada orang yang pakai degree betul.

Gua rasa kalau benda ni dibiarkan berlarutan jawatan jawatan tinggi semuanya akan disapu oleh geng geng degree palsu ni. Korang amik degree bertahun tahun dia dapat degree sehari je siap siap first class lagi.
Dunia memang tak adil tapi nak buat camna ye tak. Geng2 degree makan asap je la.

Yang gua musykil, apa hukum duit gaji tu haram ke halal , nak pi tanya Azhar Idrus Sepam.

Mencari kerja umpama mengurat awek

Proses mencari kerja ni kadang kadang gua rasa macam proses mengurat awek. Bila mula mula mintak kerja asik kena rejek ja  Bila dah dapat kerja experience pon dah banyak kerja datang cari kita.

Macam tu juga gua rasa dengan mengurat awek , bila time single nak ngurat sorang awek punya susah tapi bila dah dapat sorang , banyak pula offer offer ajak kapel dari awek tah mana mana.

Gua rasa perasaan nak dapat tu yang thrill bila tengok orang punya lagi la thrill nak try. Bak kata Salleh Yakob kapel biar satu berbini biar empat kalau mampu.

Wednesday, January 2, 2013

Soalan sensitif yang membuatkan korang anti sosial

Bila masa menganggur
Ko kerja apa sekarang ni ?

Bila belum kahwin
ko bila nak kahwin

Bila dah kawin
dah berisi belum?

Bila belum kaya
Bro aku ada business baik (MLM), nak join tak

Bila dah kaya 
Bro ko tanak invest buat kolam ikan araipama aku ke?

Bila gemuk sangat
weh hang ni perut kedepan kenapa , senang hati ka?

Soalan soalan begini mmg biasa kalau korang balik kampung dan cuba bersosial dengan kawan kawan lama.Korang jugak akan dihujani soalan soalan sebegini rupa apabila berjumpa sanak saudara di Hari Raya.

Kalau gua , biasanya gua akan memastikan jawapan adalah pendek dan padu supaya tidak ada soalan susulan selepas itu. Sebagai contoh kalau orang tanya bila nak kahwin " gua akan jawab ajal maut ditentukan Allah , bila sampai masa sampai la kad tu". Selalunya orang akan diam dan akan megubah topik.

Kalau korang cukup daring cuba bagi jawapan yang menyakitkan hati sipenanya. Sebagai contoh " ko bile nak kahwin?"  ermm bila adik ko nak aku. Nescaya tidak akan ada soalan susulan selepas itu.

korang cubalah mencari jawapan kepada soalan soalan yang diatas supaya korang tidak dituduh sombong dan lupa diri.Bersosial sambil menyakitkan hati memang dah jadi budaya kita sejak zaman berzaman. Soalan yang bodoh harus disusuli dengan jawapan yang bangang dan harus tepat kemuka sipenanya. Alang2 nak sakit hati biar semua sakit hati secara berjemaah. Selamat mencuba dan sekian terima kasih.

Scam secara konon konon berilmiah

Semenjak dua tiga menjak ini dah menjadi fenomena biasa training training oleh konon guru guru hebat dalam bidang masing masing. Training kononnya teknik yang boleh menjana ribuan ringgit dari Facebook la , dari ebay la dari forex la dan macam macam lagi.

Geng geng scammer ni biasanya akan buat buat terer dan mengumpul orang untuk mengidolakan diaorang dengan menampal screenshot screenshot buatan sendiri guna photoshop.Selepas itu mereka akan mulakan dengan personal coaching yang harga tidak masuk akal. Bila dah ramai pengikut mereka akan start membuat kelas kelas kecil dan cekik setiap orang sampai RM500-RM1000 untuk satu hari atau dua hari.

Bagi gua la kalau kelas yang memang berbaloi pergi dan tak mungkin anda belajar sendiri gua tak kisah. Sebagai contoh kelas menjahit tudung , macam mana nak belajar jahit tudung kalau mesin jahit pun tak ada kat rumah ye tak. Ini mengajar kelas panduan menjual di eBay tapi bagi harapan palsu konon konon boleh buat duit berpuluh ribu sebulan dalam masa singkat.Ada jugak kelas gua geli hati dengar , kelas konon konon boleh menjadikan business anda dapat hasil 2-3 kali ganda kalau pergi kelas dia.Claim claim lucu sebegini rupa memang memanaskan hati gua ni. Apa yang lagi best yang pergi kelas kelas bodoh macam ni kebanyakannya orang melayu. Ni namanya melayu tipu melayu.

Kemon la bro takat nak jual kat ebay lu register je la tak payah nak mebazir duit ikut kelas scam ni. Tutorial dekat youtube pun bersepah sepah. Gua pon rasa nak buat training jugak la , training scam korang macam mana nak scam orang dengan buat training. konpius dak ayat last tu :).

Tuesday, January 1, 2013

Perempuan , seksi dan cuaca

Beberapa bulan yang lepas gua ada naik Genting tengah malam saja nak layan sejuk. Gua sampai genting lebih kurang dalam pukul 1 pagi macam tu. Sampai terus gua dengan kawan kawan gua lepak dekat starbucks layan kopi panas walaupun cekik darah. Cuaca dikala itu disebabkan Genting baru lepas hujan agak boleh membekukan kepala hotak gua yang sedia beku ni.

Sambil sambil layan kopi gua ushar keliling , maklum cuci mata usha ciki. Tiba tiba gua perasan satu kapel ni , yang laki siap jacket tebal dengan snowcap lagi tapi yang perempuan siap sleeveless dengan mini skirt. Gua tengok muka dia tade riak2 tersiksa terhadap cuaca yang seperti antartika ni.

Adakah perempuan mempunyai kulit lebih tebal dari lelaki , ataupun perempuan mempunyi bulu bulu ghaib yang bertindak lebih efektif sebagai penebat haba. Ataupun mungkin perempuan sanggup menahan siksa sejuk hanya untuk nampak seksi didepan lelaki yang disayangi?

Perihal belajar dan kerja

Gua dilahirkan dari keluarga sederhana yang mana bahasa pertuturan rasmi adalah bahasa melayu slang utara pure. Bahasa yang family gua gunakan tidak dicampur dengan bahasa bahasa asing seperti english ataupun bahasa melayu yang perasan english.

Bila gua masuk sekolah rendah ,cikgu sekolah rendah gua pun ajar gua dalam bahasa melayu , dari subjek agama sehingga subjek pendidikan jasmani. Hanya subjek english sahaja diajar dalam bahasa inggeris.Pertuturan harian guan disekolah pon menggunakan bahasa melayu selang utara kerana gua sekolah kampung tak ada anak orang kaya yang boleh berbahasa inggeris disekolah gua.

Bila gua masuk sekolah menengah pun bahasa yang cikgu gunakan adalah bahasa melayu ketika mengajar mahupun semasa memaki budak.Gua hanya bercakap bahasa inggeris mungkin 10 patah ayat setiap tahun.Kadang2 gua berdoa agar cikgu bahasa inggeris maki gua seperti bahasa Inggeris seperti didalam tv.

Bila masuk uitm sama sahaja , kesemua subjek menggunakan bahasa melayu dan kebanyakan kawan kawan juga adalah melayu. Tapi gua dah upgrade sikit time tu dari menggunakan melayu slang utara gua gunakan bahasa melayu slang ganu.

Tapi yang peliknya bila mintak kerja 99% company dekat malaysia mencari pekerja yang fasih berbahasa inggeris. Sedangkan kebayanyakan lepasan universiti dihasilkan daripada sekolah2 kampung diseluruh Malaysia. Majoriti siswazah melayu dihasilkan daripada institusi yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa perantaraan.

Dimanakah logiknya disini , kita didedahkan dengan bahasa melayu samada dirumah , disekolah sampailah di universiti. Tiba tiba bila nak masuk kerja kita diwajibkan untuk bercakap omputih. Impak dia hanya anak orang orang kaya yang duduk dibandar yang bercakap orang putih di rumah mempunyai peluang yang besar untuk mendaki tangga tangga korporat walaupun tak bijak mana dekat Malaysia ni. Sebab tu korang tengok kebayanyakan yang menjadi CEO ,CFO , VP kebanyakan berbapakkan Dato',Tan Sri ataupun kerabat raja.

Kesimpulannya jikalau nak sangat rakyat berbahasa inggeris ditempat kerja tukarlah bahasa perantaraan disekolah kedalam bahasa inggeris.Bagi gua sistem pendidikan di Malaysia sangat tak logik dan agak bodoh.
Anak gua nanti gua akan hantar ke International School biar bercampur dengan orang putih so lebih banyak peluang terbuka bila masuk alam pekerjaan/