Tuesday, January 1, 2013

Perihal belajar dan kerja

Gua dilahirkan dari keluarga sederhana yang mana bahasa pertuturan rasmi adalah bahasa melayu slang utara pure. Bahasa yang family gua gunakan tidak dicampur dengan bahasa bahasa asing seperti english ataupun bahasa melayu yang perasan english.

Bila gua masuk sekolah rendah ,cikgu sekolah rendah gua pun ajar gua dalam bahasa melayu , dari subjek agama sehingga subjek pendidikan jasmani. Hanya subjek english sahaja diajar dalam bahasa inggeris.Pertuturan harian guan disekolah pon menggunakan bahasa melayu selang utara kerana gua sekolah kampung tak ada anak orang kaya yang boleh berbahasa inggeris disekolah gua.

Bila gua masuk sekolah menengah pun bahasa yang cikgu gunakan adalah bahasa melayu ketika mengajar mahupun semasa memaki budak.Gua hanya bercakap bahasa inggeris mungkin 10 patah ayat setiap tahun.Kadang2 gua berdoa agar cikgu bahasa inggeris maki gua seperti bahasa Inggeris seperti didalam tv.

Bila masuk uitm sama sahaja , kesemua subjek menggunakan bahasa melayu dan kebanyakan kawan kawan juga adalah melayu. Tapi gua dah upgrade sikit time tu dari menggunakan melayu slang utara gua gunakan bahasa melayu slang ganu.

Tapi yang peliknya bila mintak kerja 99% company dekat malaysia mencari pekerja yang fasih berbahasa inggeris. Sedangkan kebayanyakan lepasan universiti dihasilkan daripada sekolah2 kampung diseluruh Malaysia. Majoriti siswazah melayu dihasilkan daripada institusi yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa perantaraan.

Dimanakah logiknya disini , kita didedahkan dengan bahasa melayu samada dirumah , disekolah sampailah di universiti. Tiba tiba bila nak masuk kerja kita diwajibkan untuk bercakap omputih. Impak dia hanya anak orang orang kaya yang duduk dibandar yang bercakap orang putih di rumah mempunyai peluang yang besar untuk mendaki tangga tangga korporat walaupun tak bijak mana dekat Malaysia ni. Sebab tu korang tengok kebayanyakan yang menjadi CEO ,CFO , VP kebanyakan berbapakkan Dato',Tan Sri ataupun kerabat raja.

Kesimpulannya jikalau nak sangat rakyat berbahasa inggeris ditempat kerja tukarlah bahasa perantaraan disekolah kedalam bahasa inggeris.Bagi gua sistem pendidikan di Malaysia sangat tak logik dan agak bodoh.
Anak gua nanti gua akan hantar ke International School biar bercampur dengan orang putih so lebih banyak peluang terbuka bila masuk alam pekerjaan/

No comments:

Post a Comment