Monday, December 31, 2012

Buntut dan kerjaya

Kalau dekat office mesti korang selalu nampak spesis mencium buntut secara terang terangan.Perbuatan macam ni bagi gua sangatlah tidak bagus untuk perhubungan dengan rakan rakan opismate yang lain. Lebih buruk anda akan dipulau oleh awek awek hot dan lelaki kacak didalam office korang.

Jika korang ingin mencium buntut sila pastikan yang buntut yang dicium itu tidak rasa seperti dicium.Contohnya boss suruh buat report sebelum pukul 5 cuba siapkan sebelum pukul 2. Jika boss tanya cakap dengan boss saya mmg mempunyai kelajuan dalam membuat kerja dan membawa kereta yang luar biasa.Selepas hantar kerja korang tanya boss ada kerja lain yang saya boleh buat? tapi dengan muka yang selamber dan ikhlas.

Tapi pastikan korang berbincang dengan boss  bukan didepan rakan rakan office anda.Ini penting untuk mengelakkan perasaan dengki iri hati dan gossip. Bila didepan rakan office cuba berlakon seperti malas. Ayat ayat biasa " arghh malasnya aku kerja bertimbun", " boss ni pun satu asik asik aku".

Bila officemate kutuk boss pastikan anda menyokong dengan bersungguh sungguh untuk menunjukkan anda bersatu hati dengan mereka yang lain. Tapi bila boss minta buat sesuatu jangan soal banyak buat dengan tertib dan sopan santun.

Bila dapat review buat muka macam terkejut dan tak sangka. Ini untuk mengelakkan daripada officemate tahu yang korang suka mencium buntut boss .Amalkan perkara ini insyaAllah korang pasti akan jadi boss yang berjaya kepada rakan rakan office dan biar mereka pula mencium buntut korang.

No comments:

Post a Comment