Sunday, December 30, 2012

Dentist Jahanam


Gua sebenarnya ada fobia dengan dentist yang gua tak familiar.Untuk pengetahuan korang satu masa dahulu gua adalah lelaki yang cukup sifat dan penuh giginya. Tapi nak dijadikan cerita satu hari gua sendiri gatal mengofferkan diri untuk mencantikkan gigi di satu dentist di Serdang.

Mula mula gua nak servis gigi gua ja supaya putih berseri. Dikala dentist tu dok servis gigi gua dia dok kasi gua takut kononnya gigi gua sudah rosak kena buat root canal yang kosnya lebih kurang RM 400++ seingat gua. Oleh kerana gua sudah cuak gua setuju untuk buat procedure supermahal cekik darah tu.

Lepas seminggu gua buat root canal tu tiba tiba gigi gua sakit da tahap boleh bunuh diri. Lebih malang lagi masa tu gua dekat Penang . Gua pergi dentist dekat penang dan dentist tu macam tak pecaya macam mana root canal boleh sakit balik dalam masa seminggu. Lepas tu dia offer samada gua samada gua nak buat root canal sekali lagi yang mana kali ni berharga RM300++ ataupun cabut sahaja yang mana kosnya RM60.

Dengan pantas otak gua buat decision sebab memang gua dah takde budget untuk 300++ masa itu. Maka terkorbanlah gigi depan gua yang gua sayangi.

Mengikut pengalaman gua kalau korang pindah tempat baru pastikan dentist baru korang seorang yang beruban dan berumur lebih daripada 45 tahun. Dentist muda memang berisiko tinggi untuk secara mejik menghilangkan gigi kesayangan korang.

Sebab tu mak gua selalu pesan biar dentist tak cun asalkan gigi cun. Tapi gua tak pernah dengar cakap mak gua dan terima balasannya.

No comments:

Post a Comment